Wednesday, September 26, 2012

Umar selepas setahun

Lamanya tak cerita pasal umar kan.. sori laaa berabuk fuh fuh fuhhhhhhh

Apa khabar cikonet skrg? macam tu laaaa.. berat tak naik tinggi je naik... meh cerita apa perangai dia skrg..

1. Suka GIGIT org -  kenapa pun mama tak tau laaaaa takde sapa ajar asyik gigit oranggggg je... nasib baik budak kecik dari dia kat taska dia tak kacau. tapiiiii kalau yg sebaya, ke yg besar dari dia abis kena gigit. mama ayah tak payah cerita la lebam sana sini... harap2 habit ni tak lama, kesian budak lain nak... mama pun rasa sakit ni kan budak2 mesti la rasa lagi sakit...

2. Suka MAKAN makanan orang dewasa - puas hoih mama masak asing untuk umar, dia naaaaakkk jugak yg dalam pinggan kita, pinggan dia, dia takmo. mihun goreng dia tak abis, mihun goreng kita dia bedal. bubur bubur semua jarang sangat lah dia nak makan, nasik dengan sup baru on. pastu lagi satu perangai dia tanak sayur/ lauk potong panjang-panjang, kalau ada tu alamat dia korek balik mulut dia pakai dua-dua belah tangan. tapi sukaaaaa, sukaaaaa sangat makan. kira pantang lah kalau ada orang kat meja makan tu mesti dia pegi 'ma, ma, ma, ma' kat orang tu.

3. Ligat berjalan - umar dah boleh jalan right after his first birthday. Punya la lama dok cruising dan meniti merata-rata. Dah dapat kaki ni semua tempat dironda. Tempat favourite ialah bilik maktok tokwan / ki n nenek. Tapi si umar ni perangai dia, dia tak stay lama-lama sangat kalau takde orang dekat dengan dia. Kalau dah lama tak nampak mama ke ayah, dia mula la cari. Tempat first dituju ialah dapur (cari mama), ketuk bilik air luar kalau ada orang, then cari dalam bilik. Sekali sekala je dia 'tersangkut' di depan mesin basuh kat dapur kalau mesin tu tgh jalan. Seronok tengok baju pusing-pusing tu satu hal (mesin front loading), dia dah pandai la pulak pegi pause-pause mesin tu. Umar umar...

4. Paling pandai sekali cakap 'mama'. tapi biasanya mama tu bukannya maksudnya mak dia, tapi 'mama' nak makan. Bertuah. Dan sekarang dah pandai 'nene'. Sebab nenek dia suka bagi dia makan. Bertuah kuasa dua.

ok cukup-cukup la ye, nanti sambung cerita lagi. Babai!



No comments: