Friday, March 23, 2012

Umar dan Taska: Part 2

Hari-hari pukul 7 dah hantar Umar ke taska. Nasib baik la si Umar memang jenis bangun awal, takla kena kejut dia bangun ke, basuh bontot nak tukar diaper pun tak la marah-marah. Rutin umar biasanya pukul 5/6pagi:

1. Bangun
2.Sengih kalau nampak mama, kalau tak, bising nak panjat katil.
3. Poopoo
4. Bising suruh basuh bontot

Macam tu laaa hari-hari.

Maybe sebab dah hantar dia dari kecik, Umar tak kisah kena hantar ke taska. In fact, bila sampai je depan taska, kalau dia nampak kakak dia dari laman rumah nak datang ambik dia, dari dalam kereta dah sengih-sengih. Dulu ada jugak dia memilih, ada kakak yang dia suka, bila datang ambik dia je meluru nak pegi ke kakak tu. Ada jugak yang dia buat acah-acah tanak pegi, peluk mama kuat-kuat tapi sebenarnya sengih-sengih je kat kakak dia tu. Sekarang habis semua dia nak. 

Tapi sampai sekarang kakak dia yang favourite kakak Atikah la, yang jaga baby. Bila petang-petang ambik Umar, selalunya Atikah yang hantar. Kekadang dah kita ambik dari Atikah pun dia nak pegi balik bila kita sembang dengan kakak dia tanyakan aktiviti dia hari tu. Dia ingat nak pegi taska lagi agaknya. Even dengan mami (owner taska Ameen k.Umi) pun, kalau mami yang pegang, kadang-kadang dia siap acah-acah tanak balik. 

Bertuah punya budak.

The good thing about taska Ameen ni, while they are registered with Jabatan Kebajikan Masyarakat, so far they handle Umar's affairs very well. All helpers are trained with Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (with certification), memang ada exam dan amali. They are well versed in handling EBM, has no aversion towards CDs, and they prepared a development book for each kid, and sent to parents every 3 months. Check out Umar's report last month:


Bertuah tak? Masa ni memang Umar tengah practice berdiri, selaluuuu panjat mama ayah kat rumah since he was 7months. Kat taska p panjat budak lain pulaaaaakkk.. kesian sampai nangis anak orang. Tarik rambut tu memang lah, pantang nampak. Mami dia siap cerita kalau dengan Umar kakak-kakak pakai tudung sebab dah tau perangai dia suka tarik rambut. Nak marah pun tak jadi, sebab dia buat apa pun sengih memanjang. 

Alhamdulillah setakat ni bila ditanya, kakak kata senang nak jaga Umar tak banyak kerenah, dan murah senyum. Legaaaa mama dengar :)

1 comment:

areque said...

Salam anis.terjumpe your blog pasal taska ameen ni.awak still hantar dekat sana ke? Ok tak? Tgh survey utk anak ni